Skip to main content

Berita Tempatan

Tidak Pernah Serik, Sufian Suhaimi Sedia Cari Pengganti

sufian_2.jpg
Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita selepas pengalaman putus tunang dengan pelakon, Elfira Loy.

Menurut Sufian, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang ini dan mengakui masih belum menemui pengganti.

"Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang ini amat baik dan sering sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

"Saya masih tidak mempunyai pengganti dan masih mahu memberi fokus pada kerjaya dahulu.

"Bagi saya biarlah masa yang menentukan segalanya kerana apa yang berlaku dahulu tidak membuatkan saya untuk takut jatuh cinta lagi.

"Selepas ini saya juga tidak kisah untuk menjalin hubungan dengan wanita biasa atau dari kalangan artis," katanya kepada Astro Gempak.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman barisan pencalon Anugerah Planet Muzik (APM) 2018, di Royale Chulan The Curve, Damansara, pada Rabu.

Acara yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini akan bersiaran secara langsung dari MES Theatre di Mediacorp, Singapura.

APM 2018 berlangsung di Singapura pada 28 September ini dan boleh disaksikan menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) pada pukul 9 malam.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Must-Watch Video

Advertisement