gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Remaja Bunuh Ibu Gara-Gara Cinta Dihalang
HIBURAN
"Rehatlah Dulu Dik Dari Media Sosial, Pi Healing Mana-Mana" - Zulin Aziz Titip Pesan Buat Kieda Crepe
HIBURAN
Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Dalam Banjir

Awani
Awani
19/12/2022
11:20 MYT
Sponsor Banner
Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Dalam Banjir
Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Morak, Tumpat pada Isnin.
Ketiga-tiga mangsa itu ditemukan dalam keadaan terapung dipercayai terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang elektrik berhampiran rumah mereka.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian, kira-kira jam 11.45 pagi.
Komander operasi melaporkan mangsa-mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut adik mangsa, Mohd Anim Mohd Nazir, sewaktu kejadian kesemua kakaknya ingin keluar untuk melihat air banjir berhampiran rumah mereka dan pada masa sama rumah mereka turut digenangi air di paras kaki.
Menurut Mohd Anim, kakak sulungnya dikenali sebagai Nurul Syazwani, 27, kakak kedua, Sakinah dan ketiga, Fatiah, berusia sekitar 20-an.
Nurul Syazwani bertugas sebagai guru tadika, Sakinah pula bertugas sebagai guru di Pusat Asuhan dan Tarbiyah Islam (PASTI), manakala Fatiah tidak bekerja.
Tambah Mohd Anim, terdapat kabel elektrik yang 'terkoyak' (rosak) di tiang elektrik berhampiran yang dipercayai menyebabkan Sakinah terkena renjatan elektrik.
Nurul Syazwani dan Fatiah yang melihat Sakinah hampir rebah ingin membantu, sebelum ketiga-tiga mereka turut terkena renjatan elektrik.
Kesemua jenazah ketiga-tiga beradik berkenaan kini berada di Unit Forensik Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.
Difahamkan, talian elektrik di kawasan kampung berkenaan sudah diputuskan selepas kejadian berkenaan.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Banjir
#Tiga Beradik Maut
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement