,
Berita

Tiga Kali Negatif, Lewis Hamilton Luah Rasa Kecewa Kini Positif COVID 19

Maliah Surip
01/12/2020
23:10 MYT
Dunia sukan terus menerima satu lagi khabar kurang baik apabila pelumba Formula Satu (F1), Lewis Hamilton disahkan dijangkiti COVID 19.
Khabar juara tujuh kali Formula Satu (F1), Hamilton itu positif virus tersebut disahkan oleh pasukannya, Mercedes serta pelumba itu sendiri.
Hamilton juga meluahkan rasa kecewa kerana dijangkiti virus tersebut, sekaligus membuat beliau kehilangan peluang sertai Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain.
Dalam cuitannya di Twitter, Hamilton memaklumkan sudah menjalani tiga kali ujian calit yang hasilnya negatif. Namun semuanya berubah apabila beliau mula merasakan gejala virus tersebut.
"Hi semua. Saya sangat kecewa kerana tidak dapat berlumba dalam perlumbaan hujung minggu ini.
"Saya dan pasukan telah melakukan semua langkah pencegahan dengan baik sejak musim baharu Jun lalu.
"Malangnya setelah tiga kali negatif ujian, kelmarin saya bangun dengan berasa seperti mempunyai gejala.
"Saya meminta untuk melakukan tes keempat dan disahkan positif COVID 19," jelas Hamilton melalui satu cuitan di Twitter rasmi miliknya pada 1 Disember 2020.
Malah Twitter F1 ikut mencuit: "Lewis Hamilton kehilangan peluang sertai Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain selepas positif COVID-19."
Perlumbaan tersebut akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad di Bahrain.
Menurut laporan Sky Sports, pelumba itu menunjukkan gejala ringan. Hamilton kemudian segera dikuarantin 10 hari mengikut garis panduan kesihatan Bahrain serta protokol COVID-19.
Hamilton menjadi pelumba F1 ketiga yang dijangkiti COVID-19 selepas pelumba Mexico, Sergio Perez dan Kanada, Lance Stroll.
Kredit Foto: Formula 1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
Laman Utama

Tom Cruise Berminat, Begini Respon Shakira Mengenai Gosip Cinta Mereka

gempak
12/05/2023
06:26 MYT
Bercinta pula?
Unitar