Berita

Tiga Sebab Kenapa Bayi Sering Menangis, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Perkara Ini

gempak
Rozaimi Zubaidi
02/11/2018
04:00 MYT
Sponsor Banner
Tiga Sebab Kenapa Bayi Sering Menangis, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Perkara Ini
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Namun tangisan bayi sudah semestinya akan menggangu dan merisaukan kerana bayi kecil tidak pandai berkata-kata.
Mereka hanya mampu untuk mengeksperi perasaan mereka yang pelbagai melalui satu cara sahaja iaitu tangisan. Ibu bapa seringkali runsing apabila bayi mereka menangis terutamanya yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Mungkin ada orang mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi tangisan bayi. Walaupun kebanyakannya akan terus memujuk, namun ada juga segelintir yang percaya bahawa teknik membiarkannya menangis akan ‘mengajar’ bayi lebih berdikari dan tidak terlalu manja.
Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk.
Ini merupakan tiga sebab kenapa bayi sering menangis:
1) PERUT KEMBUNG Apabila si kecil merengek dan menangis tanpa alasan yang jelas, cubalah untuk periksa bahagian perutnya. Jika perut bayi terasa agak keras dan kerap buang angin ini merupakan tanda bayi kembung perut.
Selain itu, kerapkan menyapu minyak bayi pada tubuhnya supaya dengan itu bayi berasa selesa di bahagian seperti perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun-ubun serta dada. Pemakaian stokin dan barut juga mungkin dapat membantu.
2) SEMBELIT Sebenarnya, sembelit bukanlah penyakit, ia tidak didiagnosis berdasarkan bilangan hari anak kita tidak membuang air besar. Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasi sembelit bayi untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berfungsi dengan betul.
Jadi ibu bapa harus memberi keperluan nutrien yang cukup pada bayi supaya dapat membantu tumbesaran mereka dan masalah ini boleh diselesaikan dengan tuamkan perut serta urut dengan minyak aromaterapi atau mengusap perlahan untuk membantu melegakannya.
3) PILIHAN LAMPIN PAKAI BUANG Pilihan pampers atau lampin pakai buang adalah penting untuk bayi kerana kesalahan memilihnya akan membuatkan bayi tidak selesa serta mengalami masalah kulit.
Sejak produk lampin pakai buang ini dipatenkan pada tahun 1948, banyak perubahan inovasi termasuk menggunakan polimer untuk penyerapan yang terbaik, pita pelekat tahan lama, getah anjal di bahagian pinggang serta banyak lagi ciri-ciri baru yang dipertingkatkan.
Pastinya setiap ibu bapa mahukan terbaik untuk anaknya terutama tentang pemilihan lampin pakai buang yang selesa. Jadi pilihan terbaik untuk memilih lampin pakai buang adalah dengan menggunakan lampin pakai buang Pampers.
Pampers merupakan lampin pakai buang pilihan no.1 di hospital negara Jepun kerana ia mampu memberi keselesaan dan menahan kebocoran di bahagian tepi.
Dapatkan Pampers di Lazada.com.my sekarang dan anda boleh menikmati penjimatan sebanyak 10% apabila menggunakan kod PAM10ASTRO dengan setiap pembelian minimum sebanyak RM120.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024