HIBURAN

Tiga Tahun Kahwin, Miller Khan & Isteri Jalani Rawatan IVF - "Kami Bukan Lagi Muda..."

Amri Hassan 06/03/2025 | 03:30 MYT
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan, 38, mendedahkan dia dan isterinya, Farina Rebecca, 34, sedang berusaha mendapatkan zuriat melalui rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

BERITA TRENDING: [FOTO] Miller Khan, Farina Rebecca Selamat Berkahwin Di Bali, Terima Ucapan Dari Keluarga & Sahabat

Menurut Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, keputusan untuk menjalani rawatan ini dibuat selepas perbincangan bersama isteri dan keluarga.
"Kami sudah berkahwin selama tiga tahun tetapi belum dikurniakan rezeki anak. Jadi, kami merancang untuk lakukan IVF. Doakan semuanya berjalan lancar.
"Ini percubaan pertama kami dan prosedur akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya kepada Gempak.
Miller ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Larrie di Hyatt Centric KL, pada Rabu.
Dalam acara tersebut, Miller diumumkan sebagai duta jenama kasut Larrie bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.
Menjelaskan keputusan untuk menjalani IVF walaupun usia perkahwinan baru mencecah tiga tahun, Miller mengakui faktor umur menjadi salah satu sebab utama.
"Kami bukan lagi pasangan yang muda. Sebelum buat keputusan ini, kami berbincang secara serius dan sepakat. Kami juga mendapatkan pandangan keluarga masing-masing.
“Mudah-mudahan ada rezeki untuk cahaya mata pertama kami. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal dan kami sedang mendapatkan khidmat nasihat,” jelasnya.
Miller dan Farina, yang merupakan seorang pereka fesyen, mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia, yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

BERITA TRENDING: Adik Miller Khan, Aliff Alli Ditahan & Diancam Penjara Kerana Palsukan Kad Pengenalan

BERITA TRENDING: Road To Halal... Miller Khan Rancang Kahwin Tahun Ini - "Kalau Tiada Aral Melintang, Insya-Allah"

BERITA TRENDING: Melamar Dalam Helikopter, Miller Khan & Kekasih Selamat Bertunang - "She Said Yes!"

#pelakon #Indonesia #Jakarta #IVF #Miller Khan #Farina Rebecca