,
Viral

TikTokers Anggap Tindakan Fattah Amin Tolak RM90,000 Duit Komisen Kurang Bijak - “Kau Ini Tak Ada Akal Ke?”

Asyikin Mayudin
28/10/2024
06:25 MYT
Pempengaruh di TikTok yang dikenali sebagai Pok Teh menganggap tindakan pelakon Fattah Amin menolak komisen hasil jualan kambing perap sebagai langkah kurang bijak.

Buat kerja tapi tak nak duit

Menerusi video yang dikongsikan, Pok Teh berkata dia tidak sangka ada orang seperti Fattah yang melakukan pekerjaan namun memilih untuk tidak mengambil sebarang pendapatan.

“Dalam keadaan dia tengah ada masalah rumah tangga, dia boleh tolak income RM90,000. Bro, kau ni biar betul? Jarang orang tengah down boleh tolak bulat-bulat. Macam kau ni bukannya level T20.

“Nak kira kau dengan aku, level kau bawah sikit daripada aku ni atas sikit. Tapi aku tak tolak income masuk, penat kita bekerja, hasil titik peluh.
“Jadi, kena terima juga walaupun RM1,000 ke, RM2,000 ke, apatah lagi RM90,000,” kongsi Pok Teh.

Hasil titik peluh

Menurut Pok Teh, bekas suami kepada aktres Nur Fazura ini sekurang-kurangnya perlu mengambil sedikit wang komisen tersebut kerana itu hasil titik peluhnya.
“Fattah Amin, kau ni tak ada akal ke? Aku nak menasihatkan pun, kau dengan aku siapa? Aku pun tak kenal kau. Kalau kira rupa, aku lagi handsome daripada kau.

“Cuma gigi aku je rongak sikit. Tapi kalau aku pakai braces, gigi aku okay, memang kau ketinggalan jauh. Macam ni la, kalau rasa kau tak boleh terima income, kau tak payah buat kerja.

“Kesian kau dah penat-penat bekerja, orang bayar gaji kau tolak. Aku malas masuk campur hal rumah tangga kau, tapi kalau kau single aku boleh recommend. Bunga bukan sekuntum. Jangan sedih. Semoga kau terus sukses,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asalkan Saya Cari Rezeki Halal” - Fattah Amin Tak Kisah Digelar Tauke Kambing

ARTIKEL BERKAITAN: Renungan Mata Fattah Amin Buat Una Tak Mampu Nak Bercakap - “Berdegup Jantungku, Bila Fattah Melihatku”

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak Duit Komisen Jual Kambing Perap, Fattah Amin Infak Kepada Golongan Memerlukan - “Kami Kecewa Sebab Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…

Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pok Teh namun, masih ada segelintir mereka berpendapat mungkin ada maksud yang tersirat yang ingin disampaikannya.
@pokteh_racing3 #fyp #fyp #fyp ♬ bunyi asal - POKTEH_racing
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Asalkan Saya Cari Rezeki Halal” - Fattah Amin Tak Kisah Digelar Tauke Kambing

gempak
26/10/2024
07:55 MYT
Pelakon Fattah Amin tidak kisah apabila ada pihak yang menggelarnya sebagai tauke kambing.
Hiburan

Renungan Mata Fattah Amin Buat Una Tak Mampu Nak Bercakap - “Berdegup Jantungku, Bila Fattah Melihatku”

gempak
24/10/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Una mengakui pelakon Fattah Amin seorang lelaki yang mempunyai wajah kacak.
Hiburan

Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…

gempak
23/10/2024
23:55 MYT
Tular di TikTok sebuah akaun yang menyebarkan berita palsu melibatkan selebriti Wanna Ali dan bekas pasangan selebriti iaitu Nur Fazura serta Fattah Amin.
Hiburan

Tolak Duit Komisen Jual Kambing Perap, Fattah Amin Infak Kepada Golongan Memerlukan - “Kami Kecewa Sebab Dia…”

gempak
23/10/2024
01:55 MYT
Perkongsian syarikat jenama kamping perap di TikTok yang mendedahkan perbualan mereka menerusi grup WhatsApp dengan pelakon Fattah Amin menarik perhatian netizen.
Hiburan

"Fattah Amin Bukan Saja Selebriti Dihormati Tapi Bersemangat Beri Inspirasi Generasi Muda" - Cikgu Fana PTTI

gempak
22/10/2024
13:50 MYT
Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkemuka, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anmum