Pelakon drama bersiri Lara Aishah, Shahz Jaszle selamat menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinannya bersama isteri, Nur Hanis Husna.
Shahz atau nama sebenarnya, Shahrizal Jaszle Jasmin, 29, menyambut kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada jam 4.19 petang semalam.
Shahz berkongsi berita gembira ini di laman Instagram miliknya dengan memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen “
Syukur Alhamdulillah selamat bersalin”.
Peminat turut sama-sama mengambil peluang mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua Shahz.
Shahz mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nur Hanis Husna pada 1 Mei 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Alana Jasmeen Jaszle pada Januari tahun lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.