Laman Utama

“Timbul Kekeliruan, Dapat Aduan” - Langgar Hak Cipta, Tiga Budak Gemok Saman Tiga Pihak

Mya Amri
06/08/2021
15:15 MYT
Sebuah syarikat yang terkenal dengan jenama makanan terkemuka, Tiga Budak Gemok telah memfailkan saman terhadap seorang individu dan dua syarikat atas dakwaan pelanggaran hak cipta serta pendaftaran salah cap dagangan.
Syarikat Tiga Budak Gemok Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates dengan menamakan Mohd. Anil Ali Mohamad, Maam Baraka Venture Sdn. Bhd. dan Day Food Industry Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu.
Tiga Budak Gemok yang mempunyai 13 cawangan itu dikendalikan oleh tiga pengarah yang juga adik beradik, Natasha Helwa Ramlee, Muhammad Rafeel dan Natalia.
Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan pertama yang juga bekas suami kepada Natasha, Mohd Anil Ali Mohamad, telah membuka cawangan Tiga Budak Gemok yang ketiga di Bangi Square, Bandar Baru Bangi.
Bagaimanapun menurut wakilnya, Wakilnya, Khairul Anuar Abu Bakar cawangan tersebut telah ditutup dan Mohd Anil telah membuka perniagaan di bawah jenama 3BG atau 3BG Ayam Kicap Sambal Power.
“Setelah siasatan dibuat, pihak syarikat mendapati ianya dijalankan oleh bekas suami kepada Puan Natasha iaitu Mohd Anil Ali Mohamad.
“Pihak syarikat juga mendapati Anil membuka perniagaan baru iaitu 3BG Ayam Kicap Sambal Power atau 3BG dengan menjual menu yang sama dengan menu Tiga Budak Gemok.
“Malah, terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan Anil menggunakan juga logo Tiga Budak Gemok dalam perniagaan 3BG.
“Pihak syarikat menegaskan bahawa tiada masalah sekiranya mana-mana pihak ingin meniaga menu makanan Nasi Putih Ayam Kicap Sambal.
“Namun, apabila syarikat mendapati ketiga-tiga pihak tersebut menjalankan perniagaan makanan tersebut dengan menjenamakan perniagaan mereka sebagai 3BG Ayam Kicap Sambal Power atau 3BG, ianya telah menyebabkan kekeliruan kepada orang awam mengenai perniagaan syarikat dengan perniagaan ketiga-tiga pihak tersebut.
“Perlu ditegaskan juga bahawa pihak kami sebelum menubuhkan syarikat Tiga Budak Gemok Sdn Bhd pernah menggunakan nama singkat Tiga Budak Gemok iaitu 3BG di dalam perniagaan kami.
“Namun ianya tidak digunakan secara meluas di dalam perniagaan kami. Maka, sebarang penggunaan nama 3BG apatah lagi 3BG Ayam Kicap Sambal Power boleh membawa representasi dan kefahaman bahawa 3, B dan G membawa erti Tiga Budak Gemok iaitu perniagaan syarikat.
“Apatah lagi logo Tiga Budak Gemok dan logo 3BG atau 3BG Ayam Kicap Sambal Power adalah serupa jika dibandingkan bersebelahan.
“Sudah pasti ianya menimbulkan kekeliruan ataupun representasi bahawa 3BG adalah seperti penjenamaan semula perniagaan Tiga Budak Gemok sedangkan sehingga hari ini, perniagaan Tiga Budak Gemok masih beroperasi seperti biasa.
“Perkara ini menimbulkan masalah lagi apabila terdapat aduan-aduan daripada pembeli makanan perniagaan 3BG berkenaan kualiti sajian makanan mereka.
“Namun diadukan kepada pihak syarikat atau dinyatakan makanan yang dibeli oleh mereka adalah makanan Tiga Budak Gemok sedangkan 3BG dan Tiga Budak Gemok adalah dua perniagaan yang berbeza,” jelasnya dalam sidang media menerusi aplikasi Google Meet semalam.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Qasiratul Jannah Usmani Othman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Hiburan

Sisih Sengketa! Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo - “Kami Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama…”

gempak
18/07/2024
08:30 MYT
Pelakon Hun Haqeem tampil berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai proses kes saman langgar kontrak membabitkan dirinya dan Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo.
Berita

Kompaun Trafik DBKL Naik Mulai 1 Julai

gempak
30/06/2024
08:58 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.
Viral

Wanita Saman Kekasih Sebab Gagal Hantar Ke Lapangan Terbang

gempak
27/06/2024
18:01 MYT
Seorang wanita menyaman kekasihnya selepas mendakwa lelaki tersebut gagal menunaikan janji menghantar dirinya ke lapangan terbang.