Laman Utama

Tindakan Kongsi Video Bunuh Diri Boleh Jadi Trigger, Takut Jadi Copycat Suicide

gempak
Maliah Surip
25/06/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Tindakan Kongsi Video Bunuh Diri Boleh Jadi Trigger, Takut Jadi Copycat Suicide
Beberapa hari ini negara dikejutkan dengan berita mengenai kemurungan rakyat Malaysia sehingga mendorong terjadinya tragedi bunuh diri lantaran tertekan dengan pandemik Covid 19.
Hilang pekerjaan, hutang dan buntu dengan cara meneruskan kelangsungan hidup antara faktor yang dilaporkan menjadi pendorong seseorang mengambil tindakan luar kawalan sehingga membunuh diri kerana mengalami kemurungan teruk.
Mengambil tanggungjawab sosial, page Public Health Malaysia di laman Facebooknya mengingatkan orang ramai mengenai kesan daripada perkongsian kes bunuh diri yang banyak tersebar di alam maya.
Biar ada yang bertujuan baik iaitu untuk memberi kesedaran bahawa rakyat Malaysia terutama golongan marhaen mengalami tamparan hebat sejak negara melalui fasa fasa pemulihan seperti lockdown, namun perbuatan menyebarkan video cubaan bunuh diri boleh memberi idea dan dorongan kepada pesakit mental yang sedang mengalami kemurungan teruk melakukan perkara sama.
"Mengejutkan begitu banyak perkongsian mengenai video cubaan bunuh diri baru baru ini. Bayangkan jika ada pesakit mental yang sedang alami kemurungan teruk, tiba tiba video sedemikian muncul di newsfeed.
"Ia akan memberi ransangan atau trigger untuk mereka melakukan perkara yang sama", tulis page tersebut semalam.
Mereka juga mendakwa antara golongan yang akan terpengaruh adalah kanak kanak.
"Jika kanak kanak menontonnya, mereka memberi idea untuk mereka melakukan perkara yang sama jika berlaku pergaduhan kecil atau merajuk dengan keluarga," tambah page tersebut lagi.
Public Health Malaysia kemudian mengatakan: "Kajian menunjukkan apabila ada penyebaran berita secara terperinci mengenai kaedah untuk bunuh diri atau tersebarnya video mengenai bunuh diri, akan ada peningkatan ketara tragedi bunuh diri menggunakan kaedah yang sama.
"Inilah yang dikatakan sebagai Copycat Suicide.
Pengguna media sosial juga diingatkan agar menghormati keluarga mangsa dan rakan rakan yang terkesan dengan tragedi yang dilalui.
Salah satu berita yang cukup mengejutkan dan menjadi perbincangan di alam maya adalah kisah seorang lelaki terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Pulau Pinang, semalam.
Menurut laporan media, lelaki tersebut berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal.
Sebelum kejadian bunuh diri berlaku, mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan memasuki kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal melalui laluan utama.
"Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun ke bawah," tulis media.
Kredit Foto: Vectorstock.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live