Laman Utama

Tipu Kena Serangan Jantung, Lelaki Berjaya Tak Bayar Makan Di 20 Restoran

gempak
Maliah Surip
19/10/2023
11:31 MYT
Sponsor Banner
Tipu Kena Serangan Jantung, Lelaki Berjaya Tak Bayar Makan Di 20 Restoran
Seorang lelaki berjaya memperdaya sekurang-kurangnya 20 buah restoran untuk tidak membayar makanan selepas menikmati hidangan dengan cara paling unik.
Lelaki berusia 50 tahun tersebut telah berpura-pura diserang sakit jantung selepas makan dan taktik tersebut berjaya membuat dia tidak perlu membayar bil hidangan yang telah dinikmati.
Dia didakwa akan memulakan ‘drama’ dengan berpura-pura sakit dada sebelum jatuh pengsan selepas makan.
Namun perbuatan licik lelaki yang tidak dinamakan itu berjaya dikesan selepas seorang pemilik restoran dapat mengesan penipuannya, lapor odditycentral.com. Dia kemudian ditahan pihak berkuasa Sepanyol.
Namun lelaki tersebut dikatakan langsung tidak kisah saat ditahan pihak berkuasa keran sedar tiada banyak perkara yang boleh dilakukan polis terhadapnya.
Dia juga tersenyum saat ditangkap kerana didakwa mungkin tahu hanya akan bermalam sehari atau dua di lokap sebelum kembali melakukan tektik penipuan yang sama kepada restoran lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024