Ramai selebriti berkongsi ucapan Hari Bapa yang disambut seluruh dunia semalam, tidak terkecuali penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Sedang menjalani kuarantin kerana positif COVID-19, BCL sempat melayangkan ucapan buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

"Happy Father’s day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagiaan untuk Noah.. Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan..

"Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu.. Thank you for teaching him how to be a man.. U will forever be Noah’s hero," tulisnya bersama sepotong video Ashraf sedang bergurau dengan Noah.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)


Ucapan BCL itu disusuli dengan doa dari peminat serta ucapan sedih mengenangkan pemergian arwah.

Malah, ada juga yang meminta BCL agar tidak berkahwin lain selepas ketiadaan Ashraf.

"Aku yakin mas Ashraf juga bahagia sekarang.. Happy Father's Day..and be strong family!

"Happy fathers day in heaven noah's hero.

"Jangan nikah lagi yaa kak ungee,"
tulis peminatnya.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari tahun lalu di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kerana serangan jantung.