Penyanyi viral Sofiaa Marieylla nengakui bersedih dengan penyingkirannya pada konsert kelima Big Stage 2022 namun mengakui kemampuannya hanya setakat itu sahaja.
Menurut Sofiaa atau lebih mesra digelar Mami Jerung, sebutan loghat Terengganunya yang terlalu pekat menjadi antara punca kelemahan sehingga ditegur juri tetap Big Stage 2022, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Sejujurnya mesti saya rasa sedih sebab tak dapat nak buat persembahan lagi tapi bagi saya markah juri tu betul la, ikut kemampuan. Kemampuan saya setakat ini sahaja.
“Mungkin saya kurang dari segi ilmu, pengalaman sebab saya masih baru lagi jadi bila kita nak perform tiap-tiap minggu dengan genre yang berbeza, rasa agak sukarlah. Tapi benda tu bagi saya semangat sebab saya dapat belajar benda yang baru setiap minggu.
“Sebutan saya pun salah satu kekurangan sebab saya dah biasa cakap Ganu jadi dia tubik jugak la sikit-sikit. Tapi bagi saya benda tu proses pembelajaran dan mengambil masa untuk kita improve,” ujarnya kepada Gempak.
Sofiaa ditemui selepas konsert kelima Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Sofiaa yang membawakan lagu Ku Mahu dalam versi dangdut kurang memuaskan hati juri yang terdiri daripada Ajai, Tokti, Aliff Aziz selaku juri juara, Adlin Aman Ramlie sebagai juri pedas dan Datuk Seri Vida (presiden netizen).
Malah, Sofiaa turut menerima jumlah undian online terendah pada konsert malam tadi.
Berharap dapat menimba ilmu yang bermanfaat selama beberapa minggu bersama tenaga pengajar, Sofiaa sudah mengatur langkah untuk masuk ke dalam industri seni tanah air.
“Ramai juga pengikut di laman sosial yang sedih, cakap macam ‘alaa sedih la mami’ tapi takpe diorang semua bagi semangat. Mungkin ada rezeki lain di luar sana, kita buat je yang terbaik untuk masa depan,” jelasnya lagi.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Elly Mazlein, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
8 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Tegar Septian, Syafiq Abdilah dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Azwa Rahman
Mon Mar 07 2022


Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian Daripada Jihad"
Terdahulu akaun TikTok milik Uyaina Arshad turut disekat.
Mikha & Aya Sweet Level Potong Kaki! Fans Indonesia Vote Ke Top 20 GMW Awards 2023? | Motif Trending
Siapa tak kenal sensasi internet sekarang yang asyik viral dan paling viral “Girlfriend Lapar”. Mikha & Aya ada fan base daripada Indonesia?
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow

Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.