Penyanyi Indonesia, Cita Citata memohon netizen tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai kematian penyanyi dangdut, Chacha Sherly.

Menurut Cita, dia berharap netizen dapat menghormati dan tidak menabur sebarang fitnah terhadap arwah sahabatnya itu.

Cita meluahkan kekecewaannya menerusi posting di akaun Instagram di ruangan Insta Stories.

“Banyak yang membuat kenyataan aneh-aneh tentang Almarhum. Tolongah hargai sedikit orang yang sudah meninggal.

“Saya tahu, jelas bagaimana kejadiannya dan dia seorang yang bagaimana… Kerana dia adalah rakan kerja saya di label saya. STOP MENYEBAR HOAX!!!” tulisnya.



Dalam pada itu, Cita juga turut berkongsi video pendek yang merakamkan keadaan selepas pengebumian Chacha selesai.

“We love you @chacha.sherly,” tulisnya ringkas.

A post shared by cita citata (@cita_citata)


BACA: Cedera Parah Di Kepala, Penyanyi Dangdut Chacha Sherly Maut Nahas Jalan Raya

Terdahulu, Chacha dilaporkan meninggal dunia pada Selasa selepas terbabit dalam nahas jalan raya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas koma berikutan kecederaan parah yang dialaminya.