Ayah kepada penyanyi Eleena Haris iaitu Wan Harris Wan Mahmood, 66 menghembuskan nafasnya yang terakhir, pagi tadi.

Arwah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat komplikasi penyakit, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh pelantun lagu Terlalu Rindu itu sendiri menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

“Ayah saya telah kembali ke rahmatullah. Tolong sedekahkan Al fatihah kepada arwah ayah saya, Wan Harris Wan Mahmood.

“Arwah diuruskan, mandi dan solat jenazah di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara,” katanya.

Tambahnya, jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara selepas solat Zohor tadi.

Difahamkan juga, pemergian arwah bapa Eleena bukan berpunca daripada COVID-19.

Allahyarham Wan Harris meninggalkan seorang balu, tiga anak dan tiga cucu.

Takziah Gempak ucapkan dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

A post shared by Eleena Harris ♥️ (@eleenaharris)