Drama Dendam Seorang Isteri nampaknya berjaya mendapat perhatian sehingga menjadi netizen.

Salah satu watak yang membuatkan netizen geram adalah Mona yang dilakonkan oleh Ziema Din iaitu ibu mentua kepada Amira (Fasha Sandha).

Ini kerana watak Mona itu merupakan seorang ibu mentua yang kejam dan sentiasa mencari salah menantunya.

Watak itu juga membuatkan netizen beremosi sehingga menerjah ke akaun Instagram Ziema Din semata-mata ingin membaca komen berbentuk kecaman.

Tidak kurang juga ada yang menyentuh tentang lakonannya dalam Dendam Seorang Isteri.

“Masuk sini sebab nak baca komen sis, tolong tengok balik lakonan sis sebab over tak sesuailah bising,” tulis seorang netizen.

Tidak cepat melatah, Ziema bagaimanapun membalas komen tersebut dengan sopan.

“Terima kasih, tak apa tengok sampai habis okay. Benci Mona tak apa, kita research dan belajar setiap episod.

“Mungkin cara penerimaan berbeza-beza. Apa-apa pun terima kasih,” balasnya.

Namun ada juga yang memuji keberkesanan lakonan Ziema kerana berjaya membuatkan ramai orang benci.



“Garangnya makcik ni, secara keseluruhan lakonan yang sangat bagus,” komen seorang lagi warga maya.


Saksikan Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (salutan 105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Pada yang terlepas boleh juga tonton di Astro Go dan Astro On Demand.