,
Laman Utama

"Tolonglah, Izinkan Kami Menziarah Pada Hari Raya, Kalau Tidak ..." - Rebecca Al-Islam Syorkan 3 Perkara Kepada Muhyiddin

Amri Hassan
12/05/2021
04:20 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam tampil memuat naik sepotong video mengesyorkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penetapan SOP pada sambutan hari raya Aidilfitri esok.
Kata Rebecca, dia merayu pihak kerajaan yang dipimpin Muhyiddin untuk meneliti semula perlaksanaan SOP bagi membenarkan sekurang-kurangnya ziarah dilakukan antara keluarga pada 1 Syawal nanti.
"Video ni saya khaskan untuk Abah kita yang saya hormati. Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin menyampaikan kebanyakan rakyat sedih dengan keputusan berbunyi last minit.
"Sekurang-kurangnya hari raya pertama bolehlah menziarah saudara mara terdekat tetapi dimaklumkan baru-baru ni kita PKP balik. Kami amat sedih walau kami tahu memang penyakit satu dunia alami ini tengah merebak luas. Justeru, ada beberapa benda kami rasa tak puas hati dan tak logik kerana mungkin ada keluarga yang sudah membeli barang-barang basah untuk berkumpul dengan keluarga. Kenapa bagitahu last minit?" katanya.
Dalam pada itu, Rebecca turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dibenarkan menziarah kubur saudara yang sudah meninggal dunia.
"Kita faham rentas daerah dan negeri tidak boleh, sama juga perhimpunan sosial. Okey lagi. Tapi ziarah kubur pun tak boleh? Ziarah kubur ni tak sekali ramai-ramai adik-beradik sampai 100 orang pun, kita jagalah SOP.
"Saya yang sudah hilang ayah sejak 2017 dan ibu saya mungkin rindu arwah ayah pasti ingin menjenguk kubur arwah. Itu satu benda tak logik, kita boleh ziarah dengan pakai mask dan saya yakin jarak kubur pun jauh-jauh," ujarnya.
Selain itu, Rebecca turut menyatakan kekeliruan terhadap kebenaran operasi beberapa sektor seperti pusat beli-belah dan perkilangan.
"Naik kereta 3 orang boleh pula ke shoping mall? Kalau fikir balik hari raya ziarah rumah mak berdekatan tak boleh, pergi shoping mall boleh, ia satu benda tak logik ya.
"Contohnya, jika saya rindu ibu saya dan nak meminta maaf, adakah saya terpaksa call, jumpa kat KLCC sebab saya nak sangat cium tangan ibu. Adakah perlu menipu pihak atasan? Nak jumpa ibu tapi tipu ke shopping mall.
"Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor. Ini kilang boleh buka, construction site boleh buka. Konsepnya sama macam kita lawat kubur kawasan terbuka... Bagilah kami beraya satu hari saja untuk menziarahi keluarga..
"Saya memohon pihak kerajaan tolonglah kami, kami sedar tak boleh rentas negeri dan daerah, tapi tolong fahami kami jiwa rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya pada hari raya pertama kami dapat menziarahi saudara berdekatan.
"Jika tetap dengan keputusan tak boleh menziarahi, tolonglah buat total lockdown semua. Percayalah situasi ini akan sama tiada perbezaan sampai bila-bila akan jadi macam ni. ," tambahnya.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan PKP menyeluruh seluruh Malaysia bermula 12 Mei hingga 7 Jun.
Sehubungan itu juga, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
BorakSeeni