Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan akan melepaskan semya jawatan yang dipegangnya kecuali di dalam AirAsia Group dan AirAsia X.

Menerusi laman sosial Twitter, Tony membuat pengumuman itu untuk tatapan umum.

“As the first step of stepping back and moving the next generation of @airasia leaders into the forefront I will be stepping down of all boards except @airasia group and airasia X,” tulisnya menerusi satu kicauan.Pengumuman yang dibuat itu ternyata mengundang pelbagai reaksi wargamaya berikutan beliau tidak menyatakan alasan yang kukuh tentang pelepasan jawatan tersebut.

Malah, Tony turut mengenang kembali momennya menaikkan jenama syarikat tambang murah terkemuka dunia itu sehingga kini menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbaik selama 11 tahun berturut-turut anjuran Skytrax.

“Almost 19 years. Two planes to 270 planes. So many people against us.

“But boy 600,000,000 people have benefitted from our fighting for what’s right, not accepting monopolies, but unfortunately many people dislike me but hey you do what you think is right,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan Twitter, ramai yang meluahkan rasa sedih dan memberikan sokongan apabila kicauan Tony itu mula tular.

Ada yang berterima kasih kepada Tony kerana dengan harga tiket yang murah dan promosi berpanjangan itulah membuatkan mereka mampu untuk mengembara.

Kicauan yang baru ditulis beberapa jam yang lalu sehingga kini menerima hampir 200 ulang kicau dan 180 tanda suka.