ANTARABANGSA
Toyota RAV4 Dibuka Untuk Tempahan, Harga Bermula RM203,880
UMW Toyota Motor mengumumkan akan mula mengambil tempahan bagi model yang dinobat sebagai pemenang Japan Car of the Year 2019, Toyota RAV4 pada 10 Jun 2020.
Dengan rekaan baru sepenuhnya, Toyota RAV4 kini menawarkan pemanduan yang selamat dan selesa, dengan kuasa dan ketelitian sebuah Sport Utility Vehicle (SUV) premium.
Dari generasinya yang kelima, Toyota RAV4 serba baru ini dibangun menggunakan Dynamic Force Engine serta platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Ia memberikan tahap prestasi dan kuasa dipertingkat serta pengalaman pemanduan yang lebih baik untuk memenuhi jangkaan keperluan pemandu.
.jpg)
RAV4 serba baru ini juga dilengkapi pintu belakang dengan sensor gerak kaki dan beberapa ciri lain yang menjadikan penawarannya sebagai yang terbaik dalam segmen SUV mesra penumpang.
Toyota RAV4 serba baru datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. Terdapat dua varian ditawarkan iaitu 2.5L dan 2.0L.
.jpg)
Senarai harga yang dikemaskini akan diumumkan tidak lama lagi untuk mengambil kira pengecualian cukai jualan dan masing-masing dijangka akan dijual pada harga RM215,700 dan RM196,500.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Toyota RAV4 serba baru, layari laman web toyota.com.my.
Must-Watch Video