Laman Utama

Tragedi Kereta Terjunam Dalam Tasik, Luahan Adik Sentuh Hati Netizen – “Kakak Cakap Nak ‘Pergi’ Sama-Sama Dengan Mak…” – Adik

gempak
Fiza Kamarudin
23/03/2021
07:15 MYT
Sponsor Banner
Tragedi Kereta Terjunam Dalam Tasik, Luahan Adik Sentuh Hati Netizen – “Kakak Cakap Nak ‘Pergi’ Sama-Sama Dengan Mak…” – Adik
Adik kepada mangsa lemas dalam tragedi kereta terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Kedah, reda menerima berita kehilangan Allahyarham ibu dan kakaknya.
Dikenali sebagai Haney Nieza, wanita tersebut mengimbas kembali kata-kata Allahyarham kakaknya, Noraiza Hashim yang mahu ‘pergi’ bersama ibunya.
“Allahuakhbar, kami sekeluarga hanya mampu terdiam bila dapat tahu baru-baru ini arwah kakak pernah sembang dengan kawan dia kat kilang yang dia nak ‘pergi’ sama-sama dengan arwah mak.
“Tak Sangkat doa-doa dia termakbul. Doa arwah mak pun termakbul…Arwah nak sangat mati shahid macam arwah mak dia, mati sebab jatuh telaga.
“Masa tu arwah mak baru 7 tahun tak silap, dia lagi awal rasa sakit kehilangan orang yang dia paling cinta.
“Arwah mak selalu jgak tanya anak-anak sapalah yang akan ‘pergi’ dulu antara kita-kita ni. Sebab kami satu family ramai, 13 orang.
“Dia selalu mintak nak ‘pergi’ dulu dari abah dan anak-anak. Dia tak mahu abah dan anak-anak ‘pergi’ dulu sebab tak sanggup kehilangan kami dia kata…Allahu,” tulisnya.
Haney Nieza yang juga seorang jurusolek memuat naik hantaran tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada tengah malam tadi.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan anak bongsu daripada 11 beradik ini terus cekal menghadapi dugaan.
Dalam sebuah lagi hantaran, Haney turut berkongsi pengorbanan dan jerih-perih Allahyarham ibunya, Hasmah Mat Isa dalam membesarkan mereka sebelas beradik.
Dia turut meluahkan perasaan mengenai pengorbanan Allahyarham kakaknya yang berusaha untuk menyelamatkan ibu mereka.
“Makku sayang sesungguhnya mak insang paling mulia di mataku. Mak insan yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan dan menjaga kami 11 adik beradik, besar pengorbananmu, emak.
“Kakakku sayang, sesungguhnya Allah lebih sayangkan kamu. Besar pengorbananmu cuba untuk selamatkan mak.
“Semoga syurga buat mu kakakku sayang,” tulisnya.
Ahad lalu, media melaporkan seorang wanita warga emas dan anak perempuannya lemas selepas Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, Kedah.
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan parkir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan tersebut bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live