Laman Utama

#TravelMana: Makan Tiram Segar Di Bagan Lalang, Jeti Sirip Biru Makin Tular. Siap Duit Je!

gempak
Azwa Rahman
20/11/2021
06:35 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Makan Tiram Segar Di Bagan Lalang, Jeti Sirip Biru Makin Tular. Siap Duit Je!
Penggemar makanan laut pasti mahu cuba hidangan tiram mentah segar yang makin tular di laman sosial.
Terletak di Bagan Lalang, ada sebuah kawasan yang menjadi tumpuan penggemar makanan laut yang dikenali sebagai Jeti Sirip Biru.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi kunjungannya ke Jeti Sirip Biru bersama keluarga untuk menikmati tiram mentah segar.
“Location korang waze je ‘Jeti Sirip Biru’ di Bagan Lalang nanti jumpa. Berbaloi besar-besar, fresh dari laut weh sedap,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@farhahjamaluddin
Reply to @missmirzamirza Location korang waze je “jeti sirip biru” di bagan lalang nanti jumpa berbaloi besar2 fresh dari laut weh asydappp! ##jetisiripbiru ##baganlalang
♬ suara asli - Zerz`SoftBoy?
Menerusi perkongsian berdurasi 17 saat itu, terpampang harga tiram segar yang dijual pada harga RM10 ke RM15 sebiji dan RM65 bagi satu set.
Tiram segar tersebut boleh dinikmati bersama sos atau perahan lemon dan terus masuk ke dalam mulut.
Sementara itu di ruangan komen, hidangan tiram mentah itu mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang merasakan harga yang ditawarkan terlalu mahal.
Namun tidak kurang juga ramai yang mengakui harga tiram sememangnya mahal kerana proses mendapatkannya agak sukar dan memerlukan kepakaran.
@Shad khan :Harga dia kira murah dah tu area Semenanjung, di Sabah tempat saya rumah atas laut biasa bagi RM10 dapat 2 ke 3 ketul, tapi slalu saya ambik sendiri jer kat laut”
@Lynn Ayumiis:biasa tengok cite Mr Bean makan. Tengok dia telan pun macam eiiuuu. .so auto taknak try. BTW sedap ke tak tiram ni?”
@Murah Rezeki Hampa Aamiin:Benda ni tak selalu ada...so bukan senang nak restock… kalau kilang takpa hari-hari boleh keluar barang sama...yang ni aku turun laut nak boleh sekoq dua pun payah”
@Amy Jidan Caster:Pehh mahal gak ye tiram. Tempat aku mancing banyak. Kadang siap masak dengan maggi tengah pulau. Tak sangka harga mahal yee.
@Marina Ariffin:Semalam baru pegi sini, harga ok la tiram mana de yang murah. Kalau nak murah pegi selam sendiri cari kat laut tu alhamdulilah dalaman tiram tu bersih takde lumpur pasir”
@Mommy of two children:Berbaloi la harga dia, nak cari pun susah. Agak ler nak murah, jangan berkira pasal makanan”
@KiyyTheClown :Hadir, saya orang bagan lalang, insya allah harga kedai makan kat sini okay dari siakap RM17 per 100g kat langkawi heheh”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada warga TikTok.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live