gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Sebak, Syukur Dikurniakan Anak Seperti Ayden - “Ayden Mengajar Mummy Apa Itu Erti Cinta Yang Sebenar”
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

#TravelMana: Sunyi Sepi & Penuh Daun Kering, Lelaki Ini Kongsi Situasi Terkini Di Pantai Cenang, Langkawi

Azwa Rahman
Azwa Rahman
24/06/2021
09:46 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Sunyi Sepi & Penuh Daun Kering, Lelaki Ini Kongsi Situasi Terkini Di Pantai Cenang, Langkawi
Pantai Cenang di Langkawi merupakan sebuah destinasi popular di kalangan pelancong tempatan serta luar negara.
Lokasi itu juga sering menjadi tumpuan ramai untuk sambutan sesebuah acara seperti ulang tahun, tahun baru dan merdeka.
Namun keadaan itu berubah apabila pihak kerajaan memgumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown) sehingga 28 Jun ini sebagai langkah mengekang penularan virus COVID-19.
Terbaharu, seorang pemuda yang dikenali sebagai Ed Shahir telah berkongsi suasana terkini Pulau Langkawi yang kelihatan sunyi dan sepi tanpa kehadiran pengunjung.
Menerusi platform TikTok, jelas kelihatan kedai-kedai di kawasan sekitar Pantai Cenang ditutup dan ia tak ubah seperti sebuah ‘ghost town’.
Bukan itu sahaja, kawasan kedai dan jalan raya yang lengang tanpa sebarang kenderaan juga dipenuhi dengan daun-daun kering.
Di kawasan pantai pula, walaupun suasana kelihatan tenang dengan pasir memutih dan deruan ombak, pantai ditutup untuk sebarang aktiviti mandi-manda.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya sedih melihat lokasi percutian yang meriah suatu ketika dahulu kini bertukar wajah.
Ramai juga yang berkongsi kenangan terakhir mereka menjejakkan kaki ke Pantai Cenang, Langkawi.
Pastinya aktiviti membeli-belah, tepi pantai serta sukan air bersama keluarga dan teman-teman menjadi pengalaman yang berharga untuk dikenang.
Gempak turut mengharapkan agar kes COVID-19 semakin menurun dan kita semua boleh kembali merancakkan industri pelancongan dan ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Pantai Cenang
#Travel Mana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement