Pasangan sensasi Kourtney Kardashian dan Travis Barker disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis mega yang diadakan di Portofino, Itali pada Ahad.
Majlis serba mewah itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak seperti Kris Jenner, Khloe, Kim, Kendall, Kylie serta anak-beranak Barker.
Namun sebelum hari bersejarah tersebut, pasangan tersebut dilihat meraikan pre-perkahwinan mereka dalam sebuah acara makan tengahari eksklusif bersama kedua-dua belah keluarga.
Dalam majlis yang diadakan di pusat peranginan yang sama, fesyen yang digayakan pasangan ini mencuri tumpuan ramai.
Kourtney mengenakan dress pendek rekaan Dolce & Gabbana yang tertera potret Virgin Mary yang dilengkapkan dengan kain layah jarang berenda biru, sarung tangan dan kasut tumit tinggi.
Manakala Travis pula mengenakan jubah hitam, bercermin mata hitam serta rantai berwarna perak.
Pada sebelah malamnya pula, mereka dilihat menaiki kapal mewah menyelusuri pesisir pantai Riviera Itali.
Sementara itu di laman sosial, fesyen serba hitam pasangan itu dilabel sebagai ‘malapetaka’ oleh sebahagian wargamaya seluruh dunia.
“Mereka nampak terlalu mencuba. Sangat memalukan,” komen seorang wargamaya.
“Saya rasa dah cukup perkongsian mengenai mereka berdua,” ujar seorang wargamaya.
“Pakaian ini sangat kurang ajar. Tidak?” tanya seorang wargamaya.
“Lebih kepada Adams Family yang tiba di Portofino,” tulis seorang wargamaya.
“Sangat tidak hormat dan kurang ajar meletakkan Mary ada baju tak senonoh dia. Berhenti mempersendakan agama saya,” kata seorang wargamaya lagi.
Kourtney sebelum ini berkahwin dengan Scott Disick dan mempunyai tiga anak iaitu Mason, 11, Penelope, 9, dan Reign, 7.
Pemain dram kumpulan Blink 182 itu pula mempunyai dua orang anak dari perkahwinan dengan Shanna Moakler iaitu Landon, 18, dan Alabama, 15.
Azwa Rahman
Mon May 23 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?