BERITA
Trending Nombor 1 Di YouTube, Persembahan Black Swan BTS Raih 17 Juta Tontonan
Buat pertama kalinya kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS telah mengadakan persembahan untuk lagu terbaru mereka berjudul Black Swan.
Istimewanya, persembahan tersebut ditayangkan secara eksklusif menerusi program popular James Corden ‘s The Late Late Show baru-baru ini.
Memuat naik video persembahan mereka di YouTube rasmi berkenaan, ternyata peminat BTS terpegun dengan tarian memukau Black Swan.
Baru sahaja dimuat naik pada 28 Januari lalu, persembahan Black Swan kini sudah menerima 16 juta tontonan.
Tidak cukup dengan itu, video tersebut juga masih lagi menjadi trending nombor satu di YouTube.
Menerusi ruangan komen platform tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan persembahan mereka.
“Sekarang saya faham mengapa Ariana Grande terpegun selepas melihat persembahan mereka. Rupanya memang tidak terkata hebatnya!” komen Eric K.
“Meminati BTS ada keputusan terbaik yang saya pernah lakukan. Mereka tidak pernah mengecewakan, saya sayangkan mereka,” tulis Manshi Garara.


Terdahulu, Black Swan merupakan salah satu lagu dalam album terbaru mereka, Map of The Soul: 7 yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini.
Must-Watch Video