Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan Huawei Technologies Co. untuk membeli produk daripada pembekal AS dalam konsesi kepada China lapor Astro Awani.
Keputusan itu dibuat selepas rundingan Trump dengan rakan sejawatnya, Presiden Xi Jinping pada Sabtu.
"Syarikat AS boleh menjual peralatan mereka kepada Huawei. Kita bercakap tentang peralatan yang tidak mendatangkan ancaman keselamatan yang besar," kata Trump ketika sidang akhbar susulan sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun.
Jabatan Perdagangan bulan lalu menyenaraihitamkan Huawei dan memutuskan hubungannya dengan pembekal AS namun banyak syarikat melonggarkan sekatan terbabit.
Trump dan Jinping mengadakan pertemuan tertutup susulan sidang kemuncak G20 dan bersetuju menangguhkan perang perdagangan antara kedua-dua negara.
Menurut Trump, kedua-dua mereka turut membincangkan isu Huawei dalam pertemuan terbabit.
Terdahulu, AS melancarkan kempen global menyekat Huawei daripada terlibat dalam rangkaian telekomunikasi 5G dan melabel syarikat itu sebagai ancaman keselamatan.
Pentadbiran Trump turut mendakwa kerajaan China menggunakan produk Huawei untuk melakukan pengintipan di negara yang menggunakannya.
Huawei bagaimanapun menafikan ia menjalankan pengintipan bagi pihak Beijing.
Sumber: Astro Awani
Syafiqah Jalal
Sun Jun 30 2019
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.