Penyanyi Siti Sarah telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.

Foto tersebut menunjukkan wajah Sarah disolek untuk penggambaran bersama majalah Eh Malaysia.

"Dalam 10 tahun sekali pun susah nak make up macam ni..tapi sebab @ehmalaysia y not?" tulis Sarah.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan memuji penampilan wajahnya yang cantik dan kelihatan berbeza.

"@trufitzfairy: Letop make up. You look different. Buat a good different."

"@eka_jer: Cantiknyee."

"@emaneureka: Tak pernah tak cantik."

"@puuteri: Cantik."

"@linasayanglina: Cantik saya suka tengok @sitisarahraisuddin."

Namun, foto tersebut mewujudkan rasa kurang senang hati seorang netizen di ruangan entri tersebut.

"Nampak rambutlah," tulis netizen tersebut.

Sarah tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Tu bukan rambut tu net kecuali kalau awak beria nak tengok rambut saya sampai kan awak menatap berulang-ulang kali hanya untuk memastikan itu adalah rambut," tulisnya.

Netizen itu lantas meminta maaf atas kesilapannya membuat andaian.



Sekadar info, Sarah mula aktif di industri hiburan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Dalam 10 tahun sekali pon susah nak make up macam ni.. tapi sebab @ehmalaysia y not? make up by @shiyojoo

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on