Laman Utama
Tu Dia! Setepek Acik Bawang Kena Dengan Aeril Zafrel – “Kalau Tak Nanti Nak Membawang Apa”
Pelakon Aeril Zafrel mendapat perhatian pengikutnya selepas membalas komen berbaur sindiran yang ditujukan oleh seorang individu kepada dirinya.
Individu itu seolah-olah memerli Aeril memuat naik video pendek merakamkan dirinya bersama isteri, Wawa Zainal yang baru selesai solat.
Video tersebut juga menunjukkan Wawa sedang bersalaman sambil mencium tangan Aeril sebelum memberikan senyuman manis.
“Hari itu solat sorang-sorang sahaja sebab kuarantin, hari ini baru dapat berjemaah. Baru boleh 27 kali ganda pahala kita dapat,” tulisnya.
Namun perkongsian itu tidak disenangi oleh individu tersebut dan mendakwa Aeril seakan-akan menunjuk.
“Memang nak kena show off ke?” komennya.
Aeril bagaimanapun tidak cepat melatah, malah dia membalasnya dengan jawapan yang sporting.
“Iyalah. Kalau tak nanti netizen nak membawang apa?” jawabnya.
Komen Aeril itu ternyata membuatkan pengikutnya geli hati dan tidak kurang juga ada yang memerli individu berkenaan.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang dilahirkan pada 1 Disember 2019.
Aeril juga sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan lucu sewaktu membalas komen-komen di laman sosialnya.
Must-Watch Video