Laman Utama

“Tuanku Cerita Pengalaman 17 Kali IVF” - Elizad Rasa Macam Mimpi Dihubungi Permaisuri Agong

gempak
Mya Amri
01/07/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Tuanku Cerita Pengalaman 17 Kali IVF” -  Elizad Rasa Macam Mimpi Dihubungi Permaisuri Agong
Pelakon, Siti Elizad Sharifuddin meluahkan rasa terharu dan gembira apabila mendapat panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Elizad berkongsi keterujaannya itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Would love to share this special moment. Hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.
“Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari.
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.
“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa.
“Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai.
“Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh keibuan.
“Sempat juga Tuanku selitkan “saya tengok drama awak sebelum-sebelum ini, awak dah tak berlakon lagi?”
“Allahuakhbar. Terima kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku,” tulisnya.
Dalam pada itu Elizad juga menjelaskan perkongsiannya mengenai perjalanan IVF yang dilakukan adalah untuk memberikan semangat dan kesedaran kepada wanita yang senasib dengannya supaya tidak putus asa dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
“Untuk yang kecam dan cakap “nak buat anak pun nak bising-bising,” untuk pengetahuan semua, my intention sharing my IVF journey is only for those TTC squad to get more information.
Not to be afraid or malu berjumpa dengan pakar. Nak semua #ttcsquad come forward. Dalam masa yang sama, saya bekerjasama dengan pihak Sophea Fertility.
“Jadi apa yang berkaitan dengan IVF, sudah tentu saya kongsikan dengan mereka yang senasib dengan saya. Harap this one clear.
“Tiada paksaan pun untuk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers. I just share my journey here. Sama juga macam para ibu yang lain.
“Berkongsi tentang kecomelan anak-anak mereka di media sosial. Jadi tak salah kiranya saya berkongsi perjalanan IVF saya dan pengalaman bersama mereka yang senasib dengan saya. Spread love semua. Not hate,” tulisnya.
Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada tahun lalu namun dia keguguran.
BACA: Dihina Mandul, Dipanggil Pu*****! Elizad Buat Laporan Polis - "Kau Tahu Tak Aku Struggle Nak Mati... Susah Payah Nak Dapatkan Anak"
Elizad juga berdepan dengan dugaan apabila dituduh dan dihina sebagai mandul hanya kerana belum dikurniakan anak sehingga menyebabkan aktres itu mengambil tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live