,
Berita

Tubuhkan Syarikat Pengurusan Sendiri, Stacy Mahu Cari Artis Pandai Jaga Badan

Rozaimi Zubaidi
22/03/2018
03:36 MYT
Penyanyi Stacy mengakui meletakkan beberapa syarat selepas menubuhkan syarikat pengurusan artis, Rhyme & Rhythm Music Entertainment (R&R) bersama suaminya, Akim Ahmad.
Menurut Stacy, dia mahu artis dibawah pengurusannya mempunyai bentuk badan yang sihat supaya dapat memastikan kelangsungan seseorang artis itu dalam industri hiburan.
"Saya mahu artis dibawah pengurusan syarikat kami akan sentiasa menjaga badan bagi mengekalkan penampilan menarik.
"Bagi saya senaman dan bentuk badan itu penting bagi menjaga stamina mereka ketika berada di atas pentas menjayakan persembahan.
"Tujuan sebenar kami meletakkan syarat ini adalah bukan untuk mendera namun untuk mengajar mereka disiplin.
"Saya juga mahu artis kami kelihatan presentable dan boleh diterima oleh peminat kerana imej sesorang artis itu penting dalam industri hiburan ini," katanya kepada Astro Gempak.
Stacy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Akim & The Majistretberjudul Stereotype, di The Bee, Publika, baru-baru ini.
Tambah Stacy, buat masa sekarang R&R menguruskan tiga artis di bawah pengurusan mereka iaitu Akim Ahmad, kumpulan Sevendays dan Elica.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”

gempak
21/10/2024
03:25 MYT
Menerusi temu bual bersama Hlive, Stacy memaklumkan bahawa pada mulanya dia cuba berfikiran positif dimana ada kesilapan teknikal yang berlaku namun sangkaanya meleset.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
the-hardest-singing-show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

gempak
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
the-hardest-singing-show

THSS: Bawa Elemen Kadazan Dusun, Stacy Raih Markah Tertinggi 87.84 Peratus! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

gempak
24/06/2024
03:55 MYT
Penyanyi, Stacy telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ketujuh dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
BorakSeeni