Tuhan Bayar Cash! Nak Sangat Prank Kan? Ini 5 Sebab Anda Perlu Tonton Selamat Hari Tak Jadi!
Pastinya di saat hujung minggu ini ramai buntu untuk menonton filem yang menarik di rumah.
Namun, tahukah anda terdapat filem thriller seram baru yang sedang ditayangkan ketika ini?
Filem Selamat Hari Tak Jadi lakonan hebat Janna Nick ini antara yang sedang hangat ditayangkan.
Jika anda tertanya adakah ia berbaloi untuk ditonton, kami sediakan lima fakta menarik anda perlu tahu.
#1 Tak Meleret!
Filem ini mengisahkan tentang watak bernama Hani lakonan Janna Nick iaitu seorang pelajar yang sering pelakukan prank.
Hani juga digelar sebagai ‘prank master’ kerana sering mengusik rakan-rakannya untuk dijadikan kandungan YouTube.
Walaubagaimanapun, Hani kemudian diburu oleh seorang pembunuh bertopeng yang turut meninggalkan nota bertulis ‘Selamat Hari Mati’.
Secara ringkasnya filem ini agak ‘straight foward’ dan tidak meleret.
Jalan cerita juga tidak membuatkan anda keliru.
Babak awal 10 minit saja bakal membuatkan penonton tertanya dan tidak senang duduk apabila muncul adegan di sebuah rumah dengan penampakan entiti menyeramkan.
#2 Mengangkat Tema YouTuber & Prank
Filem ini sangat dekat dengan penonton khususnya generasi sekarang yang bergelumang dengan dunia media sosial.
Filem ini banyak membawa isu YouTuber yang sanggup membuat apa saja demi content mereka.
Isu prank dan gimik demi mendapatkan publisiti murahan banyak ditonjolkan dalam filem ini.
Apa saja sanggup buat demi duit!
#3 Kemunculan Pelakon Legend, Nasha Aziz!
Lama rasanya tak tonton lakonan terbaru pelakon hebat Nasha Aziz.
Menerusi filem ini anda akan melihat Nasha membawa watak ibu kepada Hani lakonan Janna Nick!
Selain itu, Datuk Aaron Aziz juga membuat penampilan khas dalam filem ini iaitu suami kepada Hani.
#4 Bermain Teka Teki, Selesaikan Puzzle Siapakah Pembunuh Misteri!
Filem ini bakal membuatkan ada meneka siapakah penjenayah yang mula menghantui hidup Hani.
Pada awal filem, penonton ‘disajikan’ dengan pelbagai watak mangsa kepada Hani.
Disebabkan itu, filem ini membuatkan anda berteka teki siapakah yang mahu membalas dendam?
Adakah mangsa Hani atau individu yang rapat dengannya? Anda kena tonton untuk dapat jawapan tersebut.
#5 Sarat Elemen Kejutan & Seram!
Seperti dinyatakan tadi, opening filem ini saja sudah membuat ramai tak senang duduk.
Hakikatnya, filem ini tidak mengecewakan apabila banyak elemen suspen dan seram.
Penggunaan efek bunyi dalam filem ini juga sedikit sebanyak membantu menaikkan mood seram. Not bad!
Apapun filem ini sangat sesuai untuk ditonton ketika hujung minggu, tambahan pula ketika semua masih dalam mood ‘duduk rumah’.
Sewa Selamat Hari Tak Jadi di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store.
Hanya sambungkan PVR Box atau Ultra Box ke Wi-Fi untuk strim filem ini dalam keselesaan rumah anda.Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem ini pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my.