Laman Utama

“Tujuan? Nak Buat Korang Marah, Aku Hanya Bahan Je,” - Waris Jawab Video Tular Rap Di Majlis Agama

gempak
Mya Amri
02/04/2022
01:41 MYT
Sponsor Banner
“Tujuan? Nak Buat Korang Marah, Aku Hanya Bahan Je,” - Waris Jawab Video Tular Rap Di Majlis Agama
Penyanyi rap, Waris tampil memberikan penjelasan berhubung video tular yang merakamkan dirinya menyanyi rap di sebuah majlis agama.
Menurut Waris, video itu merupakan video lama yang dipotong dari IGTV dan menimbulkan salah faham orang ramai.
Guys, perang undi dah mula, yang post video aku menyanyi di masjid itu pun geng-geng mungkir janji yang upload.
“Video lama yang dipotong dari IGTV. Tahun lepas cuba tapi tak jadi. Tahun ini dia upload video sama lagi dan berjaya viral.
“Tujuan? Nak buat korang marah. Aku hanya bahan je be careful. Be careful apa yang anda dengar dan salam sayangi diri sendiri.
Menerusi Instagram Story pula, Waris menunjukkan bukti video penuh acara berkenaan yang mana pada ketika itu menerima komen positif.
“Ni video penuh yang asal, korang nilai lah ikut ketinggian ilmu korang okay. Jangan lupa tengok komen-komen pada waktu itu. Penuh dengan positivity, tapi hari ini… Hmm…” coretnya.
Terdahulu, video tular Waris mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyanyikan lagu Rembau Most Wanted bahagian kedua dalam sebuah majlis agama.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Waris yang dianggap tidak bersesuaian menyampaikan lagu rap dalam acara tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live