HIBURAN
Tujuh Tahun Bercinta, Mai Davika Akhirnya Terima Lamaran Kekasih Hati
Pelakon popular Thailand, Mai Davika, akhirnya mengumumkan pertunangannya dengan kekasih hati, Ter, selepas tujuh tahun menjalin hubungan cinta.
Menerusi beberapa hantaran video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, memaparkan momen romantik pasangan itu berpelukan sambil menunjukkan sebentuk cincin berlian besar di jari manis mereka.
Malah, kapsyen pelakon tersebut juga mengesahkan lagi berita gembira tersebut kepada peminat.
“Yes,” tulis nya menerusi kapsyen beserta emoji sebentuk cincin.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa gembira atas berita gembira tersebut.
Sekadar info, pasangan selebriti itu mula menjalin hubungan pada tahun 2018 dan sejak itu sering menjadi tumpuan media serta peminat.
Sepanjang perhubungan mereka, Mai beberapa kali menyuarakan harapan untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, Ter sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia mahu menunggu sehingga karier Mai benar-benar kukuh sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Kini, Ter akhirnya mengotakan janji itu apabila melamar Mai secara rasmi, sekali gus menamatkan segala spekulasi dan tanda tanya tentang hubungan mereka.
Perjalanan cinta pasangan ini bermula daripada kerjasama profesional apabila Ter menjadi penulis skrip filem lakonan Mai berjudul Ghost Husband.
Hubungan kerja itu kemudian bertukar menjadi ikatan peribadi yang semakin kukuh dari tahun ke tahun.
Pertunangan ini disifatkan ramai sebagai satu detik bermakna dan permulaan baharu buat mereka selepas tujuh tahun bersama.
Must-Watch Video