Laman Utama

Tulang Belakang Bengkok, Kevin Zahri Sepatutnya Berkerusi Roda Pada Umur 40 Tahun

gempak
Amri Hassan
10/02/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Tulang Belakang Bengkok, Kevin Zahri Sepatutnya Berkerusi Roda Pada Umur 40 Tahun
Jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan popular Kevin Zahri mengakui dirinya menghidap masalah tulang belakang bengkok atau dipanggil scoliosis.
Akibat daripada masalah tersebut, Kevin memberitahu dirinya mungkin berisiko untuk berkerusi roda menjelang usianya 40 tahun kelak.
"Saya didiagnos scoliosis sejak lahir dan dikatakan akan menggunakan kerusi roda pada usia 40 tahun.
“Dengan rasa rendah diri, kini saya berusia 42 tahun dan sentiasa berjaga-jaga dengan kondisi diri," katanya.
Kevin mendedahkan perkara tersebut apabila diajukan pertanyaan oleh peminatnya yang mahukan kesahihan cara yang betul untuk melakukan senaman sekiranya punyai masalah terbabit.
Pada masa sama Kevin turut memberikan tips berguna tentang cara bersenam bagi yang mempunyai masalah mild scoliosis.
"Sukar untuk komen ‘sederhana’ itu mungkin tahap awak atau saya tak sama. Jika tidak pasti adalah lebih baik merujuk physician atau doktor.
"Jika tidak, bergantung pada kemampuan dan pengalaman. Mulakan dengan perlahan-lahan dan jangan berhenti dalam memperjuangkan kesihatan dan kehidupan berkualiti," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live