Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir individu yang mengungkit nama ibu bapa yang sudah meninggal dunia semasa berlaku perselisihan faham.
- Fazley menegaskan bahawa menyebut nama ibu bapa yang telah tiada dalam pertelingkahan adalah tindakan yang tidak wajar dan dianggap rendah.
- Hantaran Fazley di Threads mendapat sokongan netizen yang bersetuju dengan tegurannya.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir individu yang gemar mengungkit atau menyebut nama ibu bapa yang sudah meninggal dunia ketika berlaku perselisihan faham.
Menerusi hantaran di Threads, Fazley menegaskan sekiranya seseorang sedang berdepah dengan konflik atau pertelingkahan dengan individu lain, perkara berkaitan ibu bapa yang telah tiada tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk menyerang atau menyakiti hati pihak tertentu.
Malah, Fazley juga menyifatkan tindakan sedemikian sebagai satu perbuatan yang sangat tidak wajar dilakukan.
“Tak kisah lah bergaduh macam mana pun. Tak perlu sebut dan ungkit nama mak bapak yang dah meninggal.
“Thats low class. Al-Fatehah buat semua mak atau ayah kita yang telah pergi mengadap Ilahi,” tegasnya.

Hantaran itu juga ternyata mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran Fazley.
Sumber: Threads @fazleyyaakob