Restoran makanan Jepun, Sushi King tampil memohon maaf susulan dakwaan pelanggan terjumpa ulat dalam botol kicap di salah satu cawangan restorannya.

Sushi King menerusi satu kenyataan media menyatakan pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan dan memperkukuhkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian makanan serta menjalankan pengurusan latihan pekerja kepada kakitangan mereka.

“Kejadian ini telahpun dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kami sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk langkah selanjutnya.

“Kebersihan makanan sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami tidak akan berkompromi berhubung perkara ini,” jelas kenyataan tersebut.

Rangkaian restoran Jepun terkenal di Malaysia itu juga memaklumkan pihak mereka turut mengambil serius setiap maklum balas dan komited untuk terus memperbaiki pengalaman pelanggan mereka.

Baca kenyataan penuh Sushi King di bawah:

A post shared by Sushi King Malaysia (@sushikingmalaysia)

Terdahulu, tular sebuah video merakamkan seorang pelanggan menemui ulat di dalam botol kicap yang dihidangkan.

Jelasnya, dia menyedari terdapat ulat di botol tersebut selepas selesai makan di restoran sushi berkenaan pada 21 Disember lalu.

@dyrasalleh

Helokkkk dah habis makan baru perasaan ?? korang nampak takk apaa sis nampakk ? Aiyoooo

♬ original sound - Dyra Salleh