Laman Utama

Tular Kononnya Gambar Kahwin Erra Fazira, Pengurus Tampil Bersuara! - "Itu Sebenarnya ..."

Shahrin Zulkifle
08/12/2022
09:00 MYT

Berita mengenai pelakon Erra Fazira sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang tular di laman Facebook baru-baru ini adalah tidak benar.

Berita tersebut tular selepas beberapa keping gambar memperlihatkan aktres berkenaan lengkap mengenakan busana pengantin berwarna kelabu bersama seorang jejaka di atas pelamin.

Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan sekerasnya oleh pengurus Erra iaitu Firdaus.

Jelas Firdaus, berita dan foto tersebut merupakan sebahagian daripada babak yang terkandung dalam telefilem lakonan terbaharu Erra.

“Oh itu hanya berita palsu, gambar yang tular tersebut tidak betul sama sekali.

“Sebenarnya itu babak daripada salah satu telefilem yang Erra lakonkan. Jadi saya menafikan perkara berkenaan,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Gempak.

Bagaimanapun, cubaan Gempak untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Erra masih belum berjaya.

Terdahulu, sebuah portal tempatan telah memuat naik beberapa gambar memperlihatkan Erra Fazira bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai jutawan mengenakan pakaian pengantin berwarna kelabu sambil bergambar di atas pelamin.

Malah perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya mengenai kesahihan berita berkenaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.