Laman Utama
Tular Menangis Kerana Adik OKU Diejek, Jep & Rahim Tunai Impian Adik Chenta Nak Beli Stroller
Baru-baru ni tular video di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai adik Chenta menangis kerana kawan-kawannya mengejek keadaan adiknya Muhammad Aqil Sudais, 4, yang merupakan OKU (orang kelainan upaya).
Semalam, penyampai radio Pagi Di Sinar iaitu Jep dan Rahim mengambil peluang berkunjung ke kediaman adik Chenta yang berusia 8 tahun bersama keluarganya untuk melihat keadaan adik Aqil.
Jep dilihat sebak apabila membaca kad hadiah Chenta yang diberikan kepada Aqil yang sanggup mengumpul duit sekolah untuk membelikan botol susu dan baju untuk adiknya.
Advertisement
“Mak dia kata Chenta kumpul duit belanja setiap hari nak belikan adik dia hadiah birthday. Di sekolah dia hanya makan makanan bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sahaja setiap hari.
“Tulisan kad birthday tu sebak sangat. Matang sungguh sebagai seorang kakak,” kata Jep.
Kunjungan Pagi Di Sinar itu dikongsikan dalam sebuah video di dalam hantaran di akaun Instagram rasmi Sinar.
Paling terharu, Jep dan Rahim menunaikan impian Chenta untuk membelikan kereta sorong bayi buat adiknya supaya memudahkan pergerakan bila di luar.
“Sebenarnya kerusi roda yang Chenta maksudkan adalah stroller. Dia dah tengok sebelum ni. Jadi Jep & Rahim terus bawa dia keluar pilih untuk adik Aqil,” tulis kapsyen di IG Sinar.
Chenta kelihatan sangat gembira apabila dapat membawa pulang bukan shaja stroller malah barang-barang keperluan lain yang dibelikan oleh Pagi Di Sinar untuk adiknya.
Bukan itu sahaja, Jep dan Rahim sempat membuat kejutan untuk Chenta dengan menghadiahkan sebuah basikal berwarna merah jambu yang selama ini menjadi impiannya.
Hantaran itu juga mendapat perhatian pengikut laman sosial itu yang rata-rata terharu serta sebak melihat keadaan keluarga mereka.
Must-Watch Video