Hiburan
Tular Spekulasi Berpesta Di Langkawi, Ini Jawapan Pihak Pengurusan Harris Annuar
Selepas disahkan positif Covid-19, pelakon Harris Annuar terpalit pula dengan spekulasi berparti di sebuah hotel terkenal di Langkawi.
Bagaimanapun, pihak pengurusannya, Absolut Management tampil menafikan dakwaan terbabit dan memaklumkan Harris sentiasa mematuhi SOP sepanjang bercuti di pulau terbabit.
"Pihak pengurusan ingin menyangkal bahawa ada spekulasi yang mengatakan Harris Annuar berpesta di Dash Hotel dan ia adalah tidak benar.
"Sepanjang di Langkawi, Harris telah mengamalkan SOP dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengimbas MySejahtera setiap kali ke tempat-tempat an dilawati.
"Pihak pengurusan juga mengesahkan Harris tidak pernah pergi ke mana-mana pesta atau tempat sesak," tulis kenyataan media yang dikongsikan di Instagram pelakon itu.
Dalam pada itu, pengurusannya turut menyenaraikan lokasi-lokasi sekitar Langkawi yang telah dikunjungi Harris dari 26 Disember 2020 hingga 2 Januari 2021.
Justeru, pengurusan Harris menggesa dan menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenainya.
Sebaliknya memberikan ruang kepada Harris untuk berehat dan mendoakan pelakon terbabit kembali pulih.
Must-Watch Video