Laman Utama
“Tunggu Hari…” - Netizen Risau Youtuber Popular Kurus Sampai Nampak Tulang
Youtuber popular, Eugenia Cooney menuai perhatian netizen apabila tampil tersangat kurus menerusi sepotong video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
Ditonton lebih 43 juta kali, Eugnenia menerusi video berkenaan dilihat mengenakan jumpsuit ketat berona ungu yang menampakkan bentuk tubuh yang sangat merisaukan.
Pada ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa sedih dan menggesa supaya Eugenia mendapatkan pertolongan daripada mereka yang pakar.@eugeniaxxcooney Bidi bidi bom bom ?? #selena #dancing #bidibidibombom #eugeniacooney ♬ Bidi Bidi Bom Bom - Selena
Ada juga yang mempersoalkan mengapa keluarga Eugenia tidak masuk campur untuk memulihkan dirinya yang dianggap memerlukan bantuan.
Tidak kurang ada dalam kalangan pengguna TikTok yang merasakan Eugenia sudah tidak punya masa yang lama untuk hidup, melihat pada keadaan fizikalnya.
Terdahulu, Eugenia mula dikenali sejak 2013 selepas kerap memuat naik tutorial solekan di alam maya. Begitupun, fokus netizen terhadap wanita ini beralih pada penampilannya yang terlalu kurus.
Eugenia sendiri telah mengakui bahawa dia mengalami masalah gangguan pemakanan dan telah menjalani pemulihan. Menurut sumber, dia mengalami anoreksia selepas terkenal sebagai selebriti.
Must-Watch Video