Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”

Khairil Khusyairi
10/11/2024 01:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan dia dan Exists akan mendoakan sahabatnya, Mamat yang kini berada dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tanah Suci Makkah kerja tunaikan ibadah umrah, tahun depan.

Doakan Mamat Di Tanah Suci

Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas berkata, dia berharap peluang tersebut dapat menjernihkan semula kehidupan bekas vokalis Exists itu.

“Bila di sana nanti kami mahu doakan dia juga supaya Allah bukakan hati dia dan terus jadi manusia yang sempurna, Insya-Allah.

“Kami mahu doakan dia, bukan hanya pada umrah saja tetapi segala-galanya.

“Manalah tahu Allah dapat makbulkan, gugurkan apa saja dosa-dosa yang boleh gugur. Jadi kita minta sajalah,” katanya kepada Gempak.

Mamat Tunjuk Perubahan

Ajai yang juga pemain keryboard Exists memaklumkan mereka merancang untuk membawa Mamat sekali untuk mengerjakan umrah bersama namun masih dalam tempoh pengawasan.

“Sekarang tengah dalam proses pemulihan, kalau tidak memang kami nak bawa.

“Dalam masa dua tahun, dia ada jadual yang ditetapkan. Tetapi kita ada nampak dia di media sosial.

“Dia gembira. Ada dia menyanyi dan berhibur di dalam sana. Itu sangat bagus,” ujar Ajai lagi.

Dalam pada itu, Ajai bersyukur apabila Mamat menunjukkan perubahan positif sepanjang dalam tempoh pengawasan tersebut namun mereka masih belum dibenarkan melawat.

“Buat masa sekarang tak boleh, belum lagi. Kalau boleh mereka akan maklum.

“Dia menyanyi juga dengan band-band di sana. Itu bermakna dia masih buat lagi kerjaya nyanyian dia.

“Hanya ahli keluarga sahaja yang dapat berhubung,” kongsinya lagi.

Untuk info, Ajai akan menunaikan umrah bersama anggota Exists lain menerusi program Umrah Langkah Seiringan Exists bersama syarikat Darmina Revolution.

Mamat atau nama sebenar, Mohd Ali Kamarudin, 47, yang sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019, berjaya dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Mamat dijatuhi hukuman denda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di AADK Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Dedah Exists Tak Pernah Bermasam Muka Sesama Sendiri - “Dah Puas Gaduh Dulu, Tiada Rasa Kebencian…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Dedah Sikap Mamat, Tolak Dakwaan Terjebak Gejala Dadah Sebab Salah Pilih Kawan - “Selalu Datang Sesi Latihan, Sangat Berdisiplin”

ARTIKEL BERKAITAN: Exist Tak Pernah Serik Bekerjasama Dengan Mamat - "Dia Tak Timbulkan Masalah, Hormat Kami..."

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exist Didenda RM4,000 Atas Kesalahan Menggunakan Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri, 10 Tahun Hidap Masalah Mental

#Umrah #Mamat #Doa #Positif #Exists #Perubahan #AADK #Pengawasan
;