Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, bermula Ahad.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik Tunku Ismail sebagai Pemangku Sultan Johor.
“Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Takzim dengan nasihat Jumaah Majlis Diraja dan kuasa serta kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor bermula hari ini," katanya seperti dilapor Awani.
Abdul Rahim memberitahu, perlantikan itu hendaklah berterusan untuk selama Sultan Johor menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong.
"Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga berkenan gelaran kehormat bagi Pemangku Sultan sebagai Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atau DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor," ujarnya.
AWANI
Awani
Sun Jan 28 2024
Wanita Ini Terbang Dari Kota Bharu Demi Menonton Sheriff!
Bagi wanita dari Kelantan ini, dia sanggup terbang ke Negeri Sembilan semata-mata mahu menyaksikan filem tersebut.
Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Seorang pempengaruh Iran yang cukup terkenal di platform TikTok ditembak mati di hadapan rumahnya, di Baghdad hujung minggu lalu.
Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto pernikahan bersama seorang wanita.
Sudah Kahwin, Peminat Terkejut Adipati Dolken Tinggal Serumah Dengan Kawan
Pelakon Adipati Dolken mendapat kritikan daripada pengguna media sosial dan peminat selepas mengaku membenarkan dua sahabatnya tingga bersama meski dia sudah berkahwin.
Konflik Min Hee Jin & HYBE, Ini Kronologi Yang Anda Perlu Tahu
Ini ringkasannya
Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff: Narko Integriti terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjangan tayangan, sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain.
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!