Laman Utama

Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Perlumbaan GT Australia

gempak
Gempak
12/11/2022
15:30 MYT
Sponsor Banner
Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Perlumbaan GT Australia
Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terbabit kemalangan ketika pusingan kelayakan GT World Challenge Australia di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia semalam.
Perkara itu dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam hantaran di Facebook baginda.
Baginda menzahirkan rasa syukur dan turut memberikan kata semangat kepada anakandanya.
"Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.
"Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok, dan ia penampilan pertama Tunku Abu Bakar di litar itu. Dia dan Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman menunjukkan potensi serta persembahan yang baik.
"Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok," titah baginda.
Dalam hantaran itu baginda bertitah, pemanduan lebih 200 kilometer sejam melalui bahagian McPhillamy Park litar itu menyebabkan Tunku Abu Bakar hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum Mercedez Benz GT3 yang dipandunya terbalik.
Titahnya, orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat baginda berjaya mengeluarkan diri dari kereta dan menunjukkan tanda 'peace', kepada penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan.
Berikutan insiden dan kerosakan yang dialami, Tunku Abu Bakar dan rakan sepasukan, Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada saingan perlumbaan 'endurance' tiga jam esok.
Manakala, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan Broc Feeney akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering, bermula dari petak kedua grid.
Sumber – Metro, Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live