Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam menyambut kelahiran anakanda keempat pada Rabu.

Berita gembira itu diumumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Che' Puan Khaleeda.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

“Menjunjung titah, Jumaah Majlis DiRaja Johor sukacita mengumumkan dengan izin Allah S.W.T. bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja menamakan puteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut:

"Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail," maklum Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, dalam surat berkenaan.

A post shared by YAM Che' Puan Besar Khaleeda (@ymchepuankhaleeda)


Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda melangsungkan perkahwinan pada 2014.

Pasangan diraja ini dikurniakan tiga cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.