Kes harian negara menunjukkan penurunan dengan 5,854 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,466,663.


Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa sedikit lega memandangkan kes hari ini berkurangan sedikit berbanding semalam.

“Turun 206 kes dari semalam, oklah tu…” tulis seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook pula berharap agar angka terus turun dan kurang daripada angka 5,500 kes pada masa akan datang.

“Kita turun sikit demi sikit. Tiga hari sebelumnya kes melebihi 6,000. Semalam 6,060 kira rendah untuk Jumaat. Hari ini turun sikit 5,854. Harap esok terus turun kepada kurang dari 5,500 kes dan Isnin mudah-mudahan kita boleh dapat kes bawah 5,000,” katanya

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!