Penyanyi Ismail Izzani mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping foto badan berototnya tanpa memakai baju.

Menerusi laman sosial Instagram, Ismail berkongsi foto terbaru perkembangan badannya untuk tatapan umum.

“Percaya pada proses, ia mengambil masa,” tulis Ismail sebagai kapsyen.

- Trust in process , it takes time.

A post shared by @ ismailizzani_ on

Namun, di sebalik pujian badan berotot yang diterima, ada wargamaya yang mempersoalkan aurat yang terdedah meskipun Ismail menutup bahagian pusatnya.

“Aurat tunjuk kat orang berdosa,” tulis seorang wargamaya.

Menerusi komen tersebut, ramai yang berbalah tentang aurat sebenar seorang lelaki pada mata seorang wanita apabila melihat foto tersebut.

“Perempuan tengok macam mana? Aurat lelaki dekat perempuan menyeluruh,” balas wargamaya terbabit.

“Apa ni lelaki saja tapi tak tahu aurat lelaki dari lutut sampai pusat apa la buat malu ja,” kata seorang wargamaya.

“Dah tutup pusat bang, aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Sekadar pencerahan,” jelas seorang wargamaya.

“Dia hanya tutup aurat pusat bukannya semua di bahagian pusat. Nampak tak beza dia? Masih aurat,” tegas seorang wargamaya.

“Dia dah tutup la, tengok la getah boxer dia sampai mana,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 53,000 tanda suka dan 450 komen daripada warga Instagram.