Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tyzo Ulas Sebab Padam Foto DJ Lin - “Tak Perlu Nak ‘Gambarkan’ Seseorang Yang Tutup Periuk Nasi Saya”

Firdaus
21/09/2024 12:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo menyatakan tindakannya memadam gambar DJ Lin dalam senarai Top 10 kategori penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) tidak perlu dipersoalkan.

Tak Mahu Beri Perhatian Kepada DJ Lin

Menurut Tyzo atau nama penuhnya Tuah Zoqarnain Idris, 49, mendedahkan perkara tersebut dilakukan disebabkan individu berkenaan didakwa pernah mencuba untuk menjatuhkan kariernya sebelum ini.

“Rasa-rasanya tidak perlu untuk ‘menggambarkan’ seseorang yang pernah menutup periuk nasi saya.

“Itu sahaja jawapan saya. Mungkin bagi sesetengah orang nampak tindakan itu sebagai tidak profesional,” katanya.

Tambah Tyzo lagi, tindakannya memuat naik atau memadam foto mana-mana pihak dalam senarai tersebut merupakan hak persendirian.

“Tidak salah untuk saya enggan meletakkan sesiapa (gambar DJ Lin). Sebenarnya sebelum itu saya ada letak sahaja fotonya.

“Memang itu senarai top 10 penyampai radio popular manakala saya letakkan top 9. Itu hak saya,” ujarnya.

Baru-baru ini, bekas penyampai radio Suria FM itu mengundang perhatian ramai apabila dia didapati memadam foto DJ Lin daripada senarai 10 calon kategori penyampai radio popular yang pernah dimenanginya tahun lalu.

Terdahulu, sekitar Januari lalu, Suria FM mengumumkan penamatan khidmat Tyzo sebagai penyampai segmen Suria Petang.

BERITA TRENDING: Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

BERITA TRENDING: Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

BERITA TRENDING: Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

BERITA TRENDING: DJ Lin Belum Sedia Jumpa Tyzo - "Kalau Nak Berurusan Biarlah Dengan..."

DJ Lin memberi alasan, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Tyzo menerusi hantarannya dalam Facebook meluahkan kekecewaan tidak rela disingkirkan daripada stesen radio berkenaan.

Dia juga turut menyifatkan penyingkirannya sebagai harga yang terpaksa dibayar selepas meraih anugerah Penyampai Radio Popular pada ABP ke-35 tahun lalu.

#Kontroversi #DJ Lin #Gambar #hiburan #Tyzo #ABP36