Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan yang terkenal dengan permainan dan nyanyian yang mantap iaitu Gigi akan kembali merawat kerinduan para peminat di Malaysia.
Terakhir kumpulan yang didirikan pada tahun 1994 ini beraksi di Konsert Eksklusif bersama Gigi di Menara PGRM pada tahun 2003 dan kemudian muncul di Sunburst KL International Music Festival sepentas bersama Incubus dan John Legend pada tahun 2008.
Kemudian kehadiran Gigi yang dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) ini dirindui oleh para peminat terutamanya GigiKita.
Gigi ‘memasuki’ pasaran Malaysia lewat lagu Terbang yang menjadi siulan ramai dan kegemaran rata-rata para pemuzik pada tahun 1999.
Kedatangan mereka sama fasa dengan kemasukan grup Indonesia seperti Padi dan Sheila On 7 ke Malaysia. Gigi turut menawan ramai dengan hits seperti 11 Januari, Nakal, Pintu Sorga , Janji, Jomblo dan Andai.
Uniknya kumpulan yang kini memasuki usia, mereka diminati rata-rata pemuzik kerana skil yang dimiliki oleh setiap personel kumpulan tersebut.
Rata-rata menjadikan mereka sebagai idola kerana kemantapan skil mereka dan Armand Maulana selaku vokalis sentiasa memukau khayalak dengan vokal dan ‘showmanship’nya di atas pentas.
Untuk mengembalikan rasa pukauan tersebut, Tanjak Adventure & Tour dengan bangganya membawakan Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 5 November 2022, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Kata Pegawai Eksekutif Tanjak Adventure & Tour, Azroy Ramli, konsert dengan durasi dua jam itu akan menghimpunkan lagu-lagu terkenal Gigi yang akan memanaskan suasana di Zepp Kuala Lumpur.
"Kami sangat berbangga untuk membawakan kumpulan Gigi yang kita tahu diminati kerana skil dan profesionalisme mereka serta lagu-lagu mereka yang hebat.
"Kami mengharapkan kerinduan para peminat dapat terubat pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur. Kami turut megalu-alukan sambutan para pemuzik yang meminati permainan Dewa Budjana, Thomas Ramdhan dan Gusti Hendy serta kemantapan vokal Armand Maulana," ujarnya.
Buat Gigi pula, sudah lama mereka menunggu masa untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia.
"Sudah lama benar kita semua tidak bertemu. Jadi jangan lupa untuk berjumpa di ‘Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur’ pada 5 November ini," ujar Gigi.
Tiket-tiket berharga RM180 (BUDJANA- Free standing), RM200 (ARMAND- free standing) RM250 (HENDY- UPPER DECK), RM350 (THOMAS- UPPER DECK) dan RM450 (NAKAL- Meet and Greet) di www.myticket.asia bermula Rabu, 24 Ogos 2022, pukul 10 pagi.
Para peminat juga boleh menghubungi talian 03-86050196 serta hotline di 0197860144.
GIGI: NAKAL DI KUALA LUMPUR
Tarikh : 5 November 2022, Sabtu
Venue : Zepp, Kuala Lumpur
Masa : 9 malam
Laman Web : https://www.myticket.asia/
Harga tiket :
RM180 (BUDJANA- Free standing)
RM200 (ARMAND- free standing)
RM250 (HENDY- UPPER DECK)
RM350 (THOMAS- UPPER DECK)
RM450 (NAKAL- Meet and Greet)
Tiket : www.myticket.asia
Contact : 03 8605 0196
Info Hotline : 019 7860144
Facebook : Tanjak Adventure & Tour
Instagram : tanjakadventuretour
Amri Hassan
Wed Aug 24 2022
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.