Skip to main content

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Pada Selasa

61679488758_cerapananakbulan.jpg
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, iaitu 12 Mac 2024.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
 
Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
 
Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
 
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
 
Sumber: Astro Awani

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement