Laman Utama
Umrah Di Bulan Ramadan, Mandatori Sudah Disuntik Vaksin Covid 19
Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin mengumumkan jemaah yang telah mendapatkan suntikan vaksi Covid 19 diberi peluang untuk menunaikan ibadat umrah bermula Ramadan ini.
Portal Haramainsharifain melaporkan permit umrah akan dibuka menerusi aplikasi Eatmarna kepada individu yang berdaftar dengan aplikasi kesihatan, Immune.
Kementerian Umrah dan Haji menyatakan syarat ini boleh mula dimohon bermula 1 Ramadan 1442.
Kementerian itu juga menyatakan terdapat tiga kategori penerima suntikan vaksin sebelum berangkat menunaikan umrah.
“Tiga ketagori itu adalah individu penerima dua dos vaksin Covid-19, menerima dos pertama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas dan mereka yang sudah pulih dari jangkitan,” jelas kementerian tersebut.
Namun pihak kementerian tidak memaklumkan sampai bila peraturan itu akan dilaksanakan atau dilanjutkan sehingga musim haji pada tahun ini.
Malah pihak Arab Saudi belum menjelaskan jemaah dari negara mana yang diberi izin menjadi tetamu Allah pada bulan mulia akan datang ini.
Sebelumnya, kementerian yang sama mengeluarkan kenyataan tidak memberi kebenaran kepada jemaah umrah tempatan yang berusia di atas 70 tahun, walaupun sudah menerima suntikan vaksin.
Kredit Foto: Gulf Business
Must-Watch Video