Gaya Hidup

“Umur 30 Ke Atas Tu Pra-Warga Emas Ke?” – Netizen Beri Pendapat Umur Belia Kini 15 - 30 Tahun

gempak
Azwa Rahman
04/07/2019
08:12 MYT
Sponsor Banner
“Umur 30 Ke Atas Tu Pra-Warga Emas Ke?” – Netizen Beri Pendapat Umur Belia Kini 15 - 30 Tahun
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) semalam.
Memetik laporan Astro Awani, Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengemukakan undian secara suara selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggulung usul tersebut.
“Alhamdulillah. Pindaan kepada Akta Belia yang menurunkan umur belia dari 40 ke 30 tahun yang dibentangkan diterima di parlimen.
“Zaman di mana belia lingkungan umur 40 tahun mendominasi pertubuhan dan peruntukkan belia sudah pun tamat”, tulis Syed Saddiq menerusi laman Twitternya.
Namun, berita ini memdapat maklum balas yang bercampur-baur daripada netizen.
Rata-rata netizen kurang bersetuju apabila umur belia ditetapkan seawal 15 tahun kerana pada mereka, umur itu sepatutnya masih bergelar remaja.
Ramai juga yang terhibur apabila umur 30 ke atas tidak layak lagi bergelar belia. Terdahulu, Seksyen 2 Akta Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) mentakrifkan belia sebagai mereka yang tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 40.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live