Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.

Seramai empat individu dengan ‘bakti’ persis adiwira telah dicalonkan dan mereka adalah:

Lee Weng Foong

Ketika umat Islam mahu kembali ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, Lee Weng Foong turun padang membantu membersihkan jalan bagi memudahkan pengguna jalan raya menggunakan jalan pintas mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Aliff Ahmad

Lelaki di sebalik kempen #JusticeForBella, yang memperjuangkan isu melibatkan individu istimewa bernama Bella.

Saharuddin Amirullah

Popular di TikTok, Saharuddin merupakan pempengaruh dan pencipta kandungan yang membantu mereka yang memerlukan.

Aleeya Zailan

Pempengaruh ini menjadi bualan apabila melakukan aktiviti amal iaitu memasak hidangan untuk didermakan kepada masjid.

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.

Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.

Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mungkin Kena Sakit Jiwa” - Uncle Kentang

ARTIKEL BERKAITAN: Lando Jadi 'Adiwira' Selamat Nyawa Pengguna Jalan Raya

Undian dibuka bermula Rabu, 11.00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10.30 malam setiap akhir bulan. Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.

Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!